Biarkan aku menangis
Kerana menangis itu nikmat
penghapus segala kedukaan
kesengsaraan juga kepahitan

Air mata penawar duka
Air mata penyembuh nestapa
Air mata pengubat lara

Deras mengalir membasahi pipi
Tiada mahu berhenti
Terus mengalir dan mengalir
Entahkan bila surutnya

Jangan kau pujuk jiwa ini
Jangan kau dekati hati ini
Jangan kau peduli diri ini

Biarkan ia terus mengalir
Semoga hilang sengsara di hati
Semoga tenang hati ini
Semoga aku ceria kembali

0 comments: