Aidai kau tahu isi hati ini..
Telah mula jatuh hati padamu..
Memandangmu satu.keasyikan..
Melihat wajahmu tanpa kerdipan..
Mengintaimu suatu ketenangan..
Aku senang denganmu..
Aku tenang bersamanu..
Aku leka dan alpa pabila mendampingimu...
Terasa bagai tidak mahu berpisah..
Melihatmu...hatiku bahgia..
Melihatmu..wajahku ceria...
Tersenyum tertawa sendiri..
Seakan pelangi menyinari kembali
Hatiku yang sebelum ini..
Sedih..pilu.. Gundah gulana..
Ya..kesunyian itu kini tiada lagi..
Berlalu pergi begitu saja..
Kebahagian dan kegembiraan..
Kau datang lagi...
Walaupun siapa pun engkau..
Itu tidak jadi halangan..
Kerana aku hanya mahu
Berbicarawara bersamamu..
Kerana aku.serasi bersamamu..
Terima kasih cinta..
Memberi ilham untukku berinspirasi..
Bermadah pujangga yang ada ada...
Kau menjadi sumber motivasi diriku..
Kekuatanku dikala aku tidak berdaya..

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
Tuhanku…daku hadir..daku pasrah…
Mengenangkan diri ini yang penuh dosa
Tuhanku…ku sedari…
Namun kealpaan menyelubungi
Lantas ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasihMu…

Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu…

Tuhanku…Kau pengasih…Kau pemurah…
Mengurniakan daku rahmat dan kasihMu
Sungguh aku tak layak untuk SyurgaMu
Namun tak pula sanggup untuk ke NerakaMu
Kerna itu ku sujud menyerah padaMu
Agar disirami cahya kasih

Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu…

Tuhan selangkah ku rapat kepadaMu
Seribu langkah kau padaku
Ku tahu pengampunanMu melangit tinggi
Engkaulah…engkaulah….ooo…

Dikaulah harapanku
Dikaulah kekasihku
Dikaulah segalanya
Tempat ku mengadu..ku hadir padaMu
Hati hiba mengenangkan
dosa-dosa yang ku lakukan
oh tuhan maha kuasa
terima taubat hamba berdosa
kuakui kelemahan diri
kuinsafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini terima lah
taubatku ini

telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerana hilang dari jalan
menuju redhamu ya tuhan

ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terimalah taubatku ini

dihamparan ini ku meminta
moga taubatku diterima
ku akui kelemahan diri
ku insafi kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terima lah taubatku ini
Pabila terasa diawasi tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri
Dengan tuhan
Rasa syukur dengan nikmatnya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal padanya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Allah ya allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari doda tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya
Segala-galanya untuk tuhannya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal padanya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu yang telah jemu
Namun diriku
Bertambah malu
Pada mu ya rabbi yang miliki
Seksaaan nafsu
Munajatku pada mu tuhan
Ampunkan dosa sekalian insan
berkatilah Hidup kami
Tiang iman untuk agama

Ya Allah,
Jauhkankan kami dari neraka
yang panas membara
Kami tidak sanggup Tuhan
menahan sakitnya...