Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
di halaman subur
rahmatmu tuhan
Tiap jejak yang bertapak
debu kejahilan
akan ku jirus
dengan madu keimanan
Tidak ternilai air mata dengan permata
yang bisa memadam api neraka
andai benar mengalir
dari asuhan nurani
tidak terpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa
didalam hati
Gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
moga dapat ku berteduh di rendang kasihmu
Ya Ilahi Rabbi..
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
selagi denyut nadi belum berhenti
ada syaitan cuba menodai
segumpal darah bernama hati
Leraikan aku dari pautan nafsu
biarpun sukar bagiku
melamar redhamu
namun masihku
mengharap ampunanmu
Wahai Tuhan ku...
Subscribe to:
Comments (Atom)