Dalam mengenang kisah hidup silam
ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkan ada ampunan buatku

Tuhan dalam menempuh hidup ini
banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan ada yang dapat ku gagahi
dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tetapi taubatku tidak ku tepati
Tuhan rahmatmu melangit luas
Lalu sedikit ku bersyukur

Kini ku kembali kepadamu
Mengharap magfirah darimu
Mogakan terampunlah
dosa-dosaku


Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih padamu
kerana ku yakin kasihmu
kekal tiada sudahnya