Terkena bawang merah
Pasti mengalir air mata
Begitulah iman yang lemah
Arus hidup makin parah
Setiap hari sentiasa pasrah
Hanya berserah kepada Allah
Aku tidak miliki darah
Aku bukan pemilik Qudrah
Aku hanya insan dhoifah
Setiap hari buat salah
Mereka kata, ala biasa lah
Kena marah, itu lumrah
Hidup tidak ikut sunnah
Memang amat payah
Tiada perasaan kasih syuhadah
Aku...
Aku hanya ada Allah
Tempat aku mencurah
Rasa hati yang kian membarah
Maafkan aku Allah
Kerana memiliki imaniah
Senipis kulit bawang merah
Subscribe to:
Comments (Atom)